PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank Indonesia mengumumkan perluasan rangka kerja penyelesaian ringgit-rupiah yang berkuat kuasa hari ini. Menurut BNM, ia merupakan sebahagian daripada usaha yang berterusan untuk meningkatkan penggunaan mata wang tempatan bagi penyelesaian perdagangan dan pelaburan langsung antara Malaysia dengan Indonesia. Selain perdagangan, katanya, rangka kerja yang diperluaskan itu merangkumi pelaburan langsung, pendapatan dan pindahan sebagai transaksi asas yang layak. “Rangka kerja ini juga memperluas pengguna…










