Guna bayar gaji, sewa, tak mampu mula semula perniagaan PETALING JAYA: Majlis Pemulihan Negara (MPN) digesa memberi fokus kepada pemulihan ekonomi rakyat khususnya melegakan kesesakan aliran tunai (liquidity crunch) yang teruk dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) selepas terpaksa menutup operasi perniagaan hampir tiga bulan sejak Mei lalu. Pengerusi Persatuan Pengusaha Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta) Pusat, Datuk William Ng berkata, walaupun sebilangan sektor perniagaan telah dibenarkan beroperasi baru-baru…










