Pendapatan CIHB RM3.14 bilion, meningkat 22 peratus - Utusan Malaysia

Pendapatan CIHB RM3.14 bilion, meningkat 22 peratus

Goldman Sachs
JOHARI ABDUL GHANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: C.I. Holdings Berhad (CIHB) merekodkan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) sebanyak 156 peratus kepada RM116.09 juta bagi tempoh berakhir 30 Jun 2021, daripada RM45.31 juta tempoh sama tahun sebelumnya.

Pendapatan syarikat turut meningkat sebanyak 22 peratus kepada RM3.14 bilion daripada RM2.57 bilion, tahun sebelumnya.

CIHB turut mengumumkan pendapatan sesaham (EPS) meningkat kepada 43.19 sen daripada 18.59 sen.

Bagi tempoh suku keempat berakhir 30 Jun lalu, CIHB merekodkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM38.88 peratus, peningkatan 219 peratus daripada RM12.18 juta, suku sama tahun kewangan lalu.

Mengulas pencapaian tersebut, Pengerusi CIHB, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, prestasi positif syarikat disebabkan oleh margin yang lebih baik pada semua produk hasil daripada pengurusan kos yang berkesan.

Ia juga hasil daripada kejayaan mengatasi kekurangan kontena muatan penuh (FCL) yang merupakan masalah dihadapi oleh dunia semasa pandemik.

“Pengurusan berkesan masalah logistik yang dihadapi dalam tempoh ini sangat penting kerana CIHB mengeksport lebih daripada 95 peratus produknya kepada pelanggan di 100 negara,” katanya dalam kenyataan.

Untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun 2021, Lembaga Pengarah CIHB mengesyorkan dividen akhir satu peringkat sebanyak 12 sen sesaham, tertakluk kepada kelulusan pemegang saham pada Mesyuarat Agung Tahunan syarikat yang akan datang.

Perniagaan CIHB adalah dalam pembuatan dan pembungkusan semua jenis minyak boleh dimakan. CIHB adalah penerima Anugerah Kecemerlangan oleh MSWG-ASEAN Corporate Governance di bawah kategori Penciptaan Nilai Jangka Panjang pada 2020.

JAG Capital Holdings Sdn. Bhd. adalah pemegang saham utama CIHB dengan pemilikan kepentingan sebanyak 32.96 peratus, manakala Johari adalah pemilik JAG Capital. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN