PETALING JAYA: Northport (Malaysia) Berhad (Northport), ahli Kumpulan MMC dan Shin Yang Shipping menyokong misi bantuan Malaysian Relief Agency (MRA) untuk membantu petugas kesihatan barisan hadapan dan komuniti terjejas akibat COvid-19 di Sabah dan Sarawak. Lebih 10 tan bekalan termasuk peralatan perubatan dan pek makanan bernilai RM1.24 juta berjuta dikumpulkan oleh MRA untuk misi tersebut. Barang-barang bantuan tersebut telah dimuatkan ke dalam tiga kontena untuk dihantar ke Kuching, Sibu, Kota…










