MDEC lancar Geran Automasi Pintar - Utusan Malaysia

MDEC lancar Geran Automasi Pintar

AIZA AZREEN AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia Digital Economy Malaysia (MDEC) mengumumkan pelancaran Geran Automasi Pintar (SAG) edisi 2021 dan ia telah dibuka untuk permohonan.

Geran padanan itu membantu syarikat perkhdimatan mengautomasikan proses perniagaan dan menuju ke arah pendigitalan.

Permohonan yang berjaya akan menerima sehingga 50 peratus daripada jumlah keseluruhan kos projek, tertakluk kepada had siling sebanyak RM200,000.

Menurut MDEC, memandangkan SAG adalah geran padanan, pemohon yang berjaya perlu melabur bakinya iaitu sebanyak 50 peratus.

“SAG berfungsi sebagai geran berasaskan hasil, di mana projek berkenaan perlu mencapai manfaat pendigitalan yang khusus seperti meningkatkan pendapatan, menjimatkan kos perniagaan dan mengurangkan proses pusingan serta waktu bekerja,” katanya dalam kenyataan.

Ketua Pegawai Perniagaan Digital MDEC, Aiza Azreen Ahmad berkata, SAG diperkenalkan untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam sektor perkhidmatan berkembang maju dan kukuh berdepan dengan persekitaran yang mencabar.

Beliau berkata, para peniaga kini lebih sedar berkenaan keperluan menggunakan peralatan dan penyelesaian digital untuk kekal relevan, dan GAS memberi mereka sokongan yang diperlukan untuk memberi impak positif kepada oeprasi dan penjanaan pendapatan.

“Dengan ini, kami gembira untuk mengumumkan pembukaan permohonan baharu SAG demi memberi sokongan kepada lebih ramai PKS dalam sektor perkhidmatan.

“Kami harap SAG akan memperkasa lebih ramai PKS untuk menerima pendigitalan selaras dengan Rangka Kerja Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) yang bertujuan memudahkan perluasan penerimaan digital,” katanya.

Diperkenalkan pada Jun 2020 semasa pendemik Covid-19, SAG adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk meningkatkan sokongan kepada PKS untuk berubah kepada digital  dan meningkatkan keupayaan digital mereka.

SAG disasarkan untuk membantu PKS memulakan proses pendigitalan mereka atau merancang meningkatkan dan menambah baik perniagaan menerusi peralatan digital.

Ia merangkumi sektor perkhidmatan am dan profesional, termasuk peruncitan, borong, makanan dan minuman, pelancongan, logistik, pengangkutan, pendidikan, kesihatan, hartanah dan perkhidmatan profesional serta kewangan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN