PETALING JAYA: Atas semangat prihatin dan memahami kesukaran yang ditanggung keluarga berpendapatan rendah sepanjang pandemik ini, Malakoff Corporation Berhad menyediakan bantuan makanan kepada 500 keluarga yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Anwar Syahrin Abdul Ajib berkata, bantuan yang disampaikan itu diharap dapat menaikkan semangat penerima untuk meneruskan kehidupan. “Sementara sebahagian kita dapat mengekalkan norma dengan bekerja atau belajar dengan selesa di rumah,…










