LPJ, PTP bekerjasama buka PPVIN - Utusan Malaysia

LPJ, PTP bekerjasama buka PPVIN

Wee Ka Siong meninjau operasi pemberian vaksin di PPVIN Wisma B PTP, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) dan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), telah menubuhkan Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) untuk pekerja sektor maritim dan logistik bagi menyokong Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Program itu merupakan inisiatif bersama oleh Kementerian Pengangkutan (MoT), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kesihatan (KKM) bersama LPJ dan PTP.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong berkata, tujuan pusat itu dan PPVIN lain di seluruh negara ditubuhkan adalah untuk membantu PICK dan mematikan pekerja barisan hadapan di sector maritime dan logistic, khususnya di Johor, divaksin secepat mungkin.

“Kesediaan LPJ dan PTP, pemacu proaktif dalam memastikan kejayaan usaha itu dan juga lokasi PTP yang strategik dikelilingi oleh Kawasan perindustrian pasti akan membantu kami membuat keputusan dan membuat koordinasi selanjutnya dengan pihak berkenaan untuk mengurangkan kesan pandemic Covid-19.

“PPVIN itu bukan hanya menguntungkan barisan hadapan termasuk pekerja, kontraktor, pelanggan , pemegang saham dan pemain industry yang lain, malah juga mempercepatkan penghantaran barang yang cekap dan selamat bagi terus memacu kesejahteraan ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Pengurus Besar LPJ, Kamaruzaman Munasir semasa pelancaran PPVIN tersebut berkata, memandangkan sector logistic dan pengangkutan diklasifikasikan sebagai perkhidmatan penting oleh MOT dan Majlis Keselamatan Negara (NSC), adalah penting bagi pihak berkuasa pelabuhan untuk bekerjasama dengan pengendali pelabuhan dan pihak berkepentingan lain dalam mengambil langkah proaktif bagi memastikan aktiviti harian tidak terjejas.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada MOT yang menyokong permohonan LPJ dan PTP untuk membuka PPVIN di PTP dan seterusnya mengemukakan permohonan ini kepada MOSTI dan Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF)  untuk mendapatkan kelulusan.

“Justeru, pembukaan PPVIN itu adalah contoh sinergi yang baik antara pihak berkuasa dan operator pelabuhan dalam memerangi wabak Covid-19 selain menyediakan persekitaran kerja yang selamat bagi mereka yang bekerja dalam sektor tersebut,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif PTP turut mengucapkan terima kasih kepada MOT, MOSTI, KKM, CITF dan Kerajaan Negeri Johor kerana bersetuju untuk membuka PPVIN sementara di premisnya.

“Kami memanfaatkan sepenuhnya peluang untuk terlibat dalam PICK dan berkhidmat kepada negeri Johor dan negara.

“Lokasi pelabuhan yang strategik dan kemudahan moden yang disediakan menjadikannya lebih mudah dan selesa dalam menampung pelbagai keperluan penerima vaksin.

“Pembukaan PPVIN bukan hanya akan memenuhi komitmen kami untuk berkhidmat kepada negeri Johor dan negara, tetapi juga akan memperluaskan capaian tanggungjawab sosial korporat (CSR) kami ke arah kelestarian masyarakat sekitar dengan penglibatan proaktif kaitangan kami sebagai sukarelawan di PPVIN terbabit sepanjang program ini,” katanya.

PPVIN yang terletak di Wisma B PTP itu telah mula beroperasi pada 3 Ogos lalu dan akan beroperasi sehingga 11 Oktober ini.  Ia dibuka setiap hari dari pukul 8.30 pagi hingga 5 petang.

PPVIN terbabit akan menampung sehingga 1,000 orang setiap hari dan kira-kira 27,000 penerima vaksin sehingga akhir program itu.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN