Lexis Hotel Group sedia terima kehadiran tetamu  - Utusan Malaysia

Lexis Hotel Group sedia terima kehadiran tetamu 

MANDY CHEW SIOK CHENG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Susulan peralihan ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang diperoleh Negeri Sembilan, hotel-hotel dan resort di bawah Lexis Hotel Group di negeri ini mengalu-alukan kehadiran tetamunya yang telah lengkap dua dos vaksin Covid-19 untuk datang menginap bermula semalam.

Presiden Lexis Hotel Group, Mandy Chew Siok Cheng berkata, sempena pengumuman terbaharu daripada kerajaan tentang kelonggaran SOP untuk rakyat Malaysia yang lengkap divaksin termasuk merentas di negeri yang sama dalam Fasa 2 PPN, pihaknya terbuka menerima tetamu yang memenuhi kriteria ditetapkan.

“Bermula dari 26 Ogos, hotel-hotel dan resort Lexis akan terbuka kepada semua tetamu di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, yang telah lengkap divaksin yang memenuhi syarat mengikut kriteria berikut iaitu semua petugas barisan hadapan, pekerja perkhidmatan perlu dengan surat kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

“Turut dibenarkan warganegara Malaysia dan warganegara asing lengkap divaksin yang memenuhi beberapa kriteria seperti telah melepasi hari tarikh suntikan dos kedua mengikut jenis-jenis vaksin selain kad dan sijil digital vaksinasi Covid-19 dikemukakan sebagai pembuktian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, menurut beliau, individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dibenarkan membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah, di hotel-hotel dan resort Lexis, dengan mematuhi protokol kesihatan umum

Ujar Siok Cheng lagi,  tetamu juga dapat menikmati percutian mereka di persekitaran yang selamat di hotel-hotel dan resort Lexis kerana pihaknya akan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat di semua hotel dan resort Lexis untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan semua tetamu yang dilengkapi vaksin.

“Ia termasuklah pemeriksaan suhu badan dan polisi wajib memakai pelitup muka, penyediaan borang pengisytiharan kesihatan, log masuk tanpa sentuhan dan pemeriksaan sijil vaksinasi digital semasa ketibaan.

“Kekerapan pembersihan ke semua kawasan umum yang digunakan oleh para tetamu yang akan dilakukan oleh kakitangan pembersihan profesional dan penggunaan pembersih, pembasmi kuman kelas perubatan di seluruh hotel dan resort selain lolam renang peribadi di dalam bilik yang sentiasa disanitasi,” katanya lagi.

Dalam pada itu, katanya, sempena pembukaan semula operasi, Lexis Hotel Group kini menawarkan promosi Merdeka Staycation bagi penduduk tempatan di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang yang lengkap divaksin untuk menikmati percutian di Lexis Hibiscus, Port Dickson, Grand Lexis Port Dickson atau Lexis Suites Penang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya