Kawalan pandemik asas penting pemulihan ekonomi - Utusan Malaysia

Kawalan pandemik asas penting pemulihan ekonomi

kEPUTUSAN kerajaan melonggarkan sekatan membolehkan lebih banyak perniagaan dibuka, sekali gus merancakkan kembali pemulihan ekonomi negara. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kawalan pandemik adalah asas penting dalam pemulihan ekonomi negara, tegas institut Penyelidikan untuk Kemajuan Sosial (Refsa).

Jelasnya, masih ada kerisauan terhadap separuh kedua tahun ini apabila kes jangkitan COvid-19 belum dapat diurus dengan baik dan masih belum ada strategi cari, uji, jejak, asing dan sokong (FTTIS) yang komprehensif diperkenalkan.

Refsa berkata, melihat kepada dinamik pandemik dan ekonomi, pihaknya tidak menjangkakan peningkatan yang signifikan untuk ekonomi negara sehingga suku keempat.

Ia berikutan beberapa risiko ke bawah walaupun unjuran mungkin lebih baik menjelang hujung tahun, katanya.

“Sangat sukar untuk kita kembali ke tahap sebelum pandemik. Secara jelas dapat dilihat, selagi kita kekal dalam situasi yang tidak menentu ini, sokongan fiskal untuk ekonomi adalah yang paling utama, secara signifikan lebih tinggi daripada tahapnya ketika ini.

“Selepas itu, harapnya kita boleh alihkan perharian kepada polisi untuk menyokong pemulihan bermula tahun hadapan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Refsa, fokus harapan untuk ekonomi ialah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

“Ia sedang bergerak pantas dan kita mungkin boleh mencapai 80 peratus populasi dewasa divaksin menjelang beberapa minggu ini, sekurang-kurangnya di Lembah Klang.

“Ini akan mengurangkan tekanan ke atas sistem kesihatan negara menjelang akhir suku ketiga dan diharap ia membolehkan kelonggaran sekatan diberikan selepas itu.

“Dari situ baru dapat kita lihat pemulihan ekonomi pada tahap masyarakat dalam bentuk lonjakan permintaan domestik melalui penggunaan, komponen utama KDNK yang masih tertekan dan menerima impak baharu pada suku terdahulu,” katanya. – UTUSAN

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN