PETALING JAYA: FGV Holdings Berhad (FGV) menerusi syarikat-syarikat perniagaan teras perladangannya, FGV Plantations Malaysia Sdn. Bhd. (FGVPM) dan FGV Palm Industries Sdn. Bhd. (FGVPI), memperuntukkan RM3.1 juta pada tahun ini bagi pembelian lapan bas sekolah baharu untuk kegunaan anak-anak pekerja tempatan. Pembelian itu menjadikan jumlah keseluruhan bas sekolah yang dimiliki FGV sebanyak 89 buah. Menurut FGV, sebanyak RM1.5 juta diperuntukkan oleh FGVPM bagi pembelian lima bas baharu di Semenanjung Malaysia…










