PETALING JAYA: Bursa Malaysia petang semalam ditutup 0.4 peratus lebih rendah pada 1,489.8 mata selaras dengan sebilangan besar rantau lain berikutan kebimbangan terhadap varian Delta yang boleh mengganggu prospek pemulihan ekonomi sekali gus meredam sentimen pelabur. Penganalisis Bank Islam Malaysia Berhad, Adam Mohamed Rahim berkata, jumlah kes Covid-19 secara global telah melebihi 200 juta kes menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). “Tambahan pula, China telah mengenakan sekatan mobiliti untuk mengekang penyebaran…










