Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$111.06 bilion - Utusan Malaysia

Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$111.06 bilion

1mdb
MPC memutuskan menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas setelah mengambil kira prospek pertumbuhan dalam negara yang terus berdaya tahan. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$111.06 bilion (RM463.18 bilion) manakala aset mata wang asing lain berjumlah AS$183.5 juta (RM765.29 juta) pada akhir Julai lalu.

Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), rizab antarabangsa Malaysia itu menurut butiran terperinci mengikut format Standard Penyebaran Data Istimewa (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Jelasnya, bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing apabila matang berjumlah AS$4.60 bilion (RM19.18 bilion).

Katanya, aliran keluar jangka pendek itu termasuk pembayaran balik berjadual peminjaman luar negeri oleh kerajaan dan kematangan Bil Antara Bank dalam mata wang asing Bank Negara.

“Kedudukan hadapan pendek adalah sebanyak AS$7.46 bilion (RM31.11 bilion) manakala jumlah kedudukan hadapan panjang adalah sebanyak AS$180 juta (RM750.69 juta) pada akhir Julai 2021, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang,” katanya dalam kenyataan.

Menurut BNM, sejajar dengan amalan yang diterima pakai sejak April 2006, data tersebut tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek.

BNM menjelaskan, unjuran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.37 bilion (RM9.88 bilion) untuk tempoh 12 bulan akan datang.

Katanya, satu-satunya saluran keluar bersih jangka pendek aset mata wang asing luar jangka ialah jaminan kerajaan bagi hutang luar negeri dalam mata wang asing yang akan matang dalam tempoh satu tahun, berjumlah AS$386.4 juta (RM1.61 bilion).

“Rizab Malaysia tidak mempunyai sebarang pinjaman dalam mata wang asing yang terkandung opsyen, kemudahan kredit belum digunakan dan kemudahan kredit tanpa syarat yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa serta bank dan institusi kewangan lain.

“BNM juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN