PETALING JAYA: Industri sawit terutamanya di peringkat huluan terlalu bergantung kepada tenaga buruh asing, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali. Beliau berkata, keadaan itu bertambah buruk dalam situasi pandemik dan kekurangan pekerja dianggarkan sekitar 32,000 orang pada masa ini. “Masalah kekurangan tenaga kerja ini dianggarkan membawa kerugian kira-kira RM10 bilion setahun berikutan buah sawit masak yang tidak dituai,” katanya ketika merasmikan Seminar dan Pameran…










