PETALING JAYA: Ekonomi Malaysia dijangka menghadapi cabaran dalam mengekalkan momentum pemulihan, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin. Ini kerana kata beliau, kemunculan varian baharu Covid-19 yang lebih berbahaya telah mencetuskan sentimen pesimis di peringkat global dan nasional. “Selanjutnya, sekatan pergerakan yang berpanjangan untuk melindungi nyawa boleh mempengaruhi prospek pemulihan,” katanya dalam kenyataan. Mohd. Uzir berkata, Indeks Pelopor (IP) yang bertindak sebagai indikator kepada pergerakan ekonomi ke hadapan…










