ECRL: Jentera korek terowong tiba - Utusan Malaysia

ECRL: Jentera korek terowong tiba

KERJA-KERJA memunggah jentera pengorek terowong yang tiba dari China di Pelabuhan Klang, Selangor, baru-baru ini. - GAMBAR/ECRL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) menerima ketibaan jentera pengorek terowong (TBM) pertama seperti dijadualkan, selepas menjalani ujian kilang menyeluruh di China.

Jentera yang direka khas untuk kegunaan dalam keadaan batuan keras, akan menjalani ujian lanjut sebelum memulakan kerja pengorekan Terowong Genting pada suku keempat tahun ini.

Menurut ECRL, jentera itu dilengkapi dengan empat silinder tork dengan setiap kepala mempunyai berat 900 tan dan panjang 25 meter serta diameter 8.98 meter.

Dengan gantri sokongan yang menempatkan bilik kawalan dan pencawang, ia mempunyai berat 1,600 tan dan berukuran 266 meter panjang, menjadikannya antara TBM terbesar untuk kerja mengorek terowong laluan rel di Malaysia.

Ia telah melalui ujian audit sebelum diceraikan kepada 286 pakej dan memulakan penghantaran dengan kapal pada 25 Jun lalu dari Pelabuhan Shanghai dan tiba di Pelabuhan Klang 4 Julai lalu.

TBM akan dipasang semula dalam kawasan kerja kontraktor kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) bagi projek ECRL iaitu, China Communications  Construction (ECRL) Sdn. Bhd. (CCCECRL).

Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL), Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, projek ECRL telah memasuki fasa baharu dengan penghantaran TBM bagi memulakan kerja- kerja pengorekan terowong berkembar Genting sepanjang 16.39 kilometer antara Bentong dan Gombak.

Ia selari dengan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 September 2020 yang telah bersetuju meluluskan jajaran Seksyen C kembali ke jajaran asal iaitu Temerloh – Gombak – Serendah – Pelabuhan Klang.

“Projek ECRL menghargai serta bersyukur atas penghantaran TBM canggih buatan negara China ini yang siap dikilangkan serta dihantar oleh CCCC berdasarkan jadual yang ditetapkan.

“Kami optimis bahawa mesin yang berteknologi tinggi ini dapat menghadapi cabaran dari segi kejuruteraan dan keadaan geologi semasa kerja-kerja pengorekan melintasi Banjaran Titiwangsa,” katanya dalam kenyataan.

Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Datuk Seri Darwis Abdul Razak pula berkata, penghantaran TBM merupakan peristiwa penting bagi ECRL Seksyen C (Temerloh – Gombak –  Serendah – Pelabuhan Klang) kerana mesin tersebut akan digunakan untuk mengorek tanah berbukit di sepanjang kawasan Bukit Tinggi bagi pembinaan terowong berkembar Genting sepanjang 16.39 kilometer.

“Terowong Genting merupakan terowong ECRL yang pertama dikorek menggunakan kaedah TBM berbanding kaedah gerudi dan letup yang telah digunakan untuk  terowong-terowong sedia ada bagi projek ECRL.

Katanya, dia yakin kakitangan ECRL mempunyai pengalaman dan bersedia mengendalikan TBM untuk mengorek terowong rel terpanjang di Malaysia apabila siap kelak.

Sementara itu Datuk Azman Shah Mohd. Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif Northport (Malaysia) Bhd berkata: “Ia adalah kepentingan na sional. Oleh itu, kami telah  menggerakkan sebilangan besar pekerja kargo konvensional yang mahir dan cekap untuk operasi ini, bagi memastikan pengen dalian kargo yang selamat dan pada masa sama mengekalkan produktiviti pelabuhan kami. Northport sangat berbangga dan berbesar hati menjadi sebahagian daripada proses penghantaran penting ini.” – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×