PETALING JAYA: CTOS Digital Berhad (CTOS Digital) telah berjaya membuat pengambilalihan ekuiti pertama dengan memperoleh kepentingan minoriti strategik dalam agensi penarafan kredit, RAM Holdings Berhad (RAM). Menurut syarikat itu, pengambilalihan terbabit melibatkan pelaburan bernilai RM10.1 juta, yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Ujarnya, ia selepas Kumpulan memeterai perjanjian pembelian saham (SPA) dengan CIMB Bank Berhad (CIMB) untuk memperoleh 462,500 saham biasa yang mewakili 4.6 peratus saham di dalam RAM. Ketua Pegawai…










