Bursa Malaysia ditutup 0.14% lebih tinggi - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia ditutup 0.14% lebih tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia ditutup 0.14 peratus lebih tinggi petang ini dengan Indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) pada 1,514.6 mata, dengan MISC Berhad antara kaunter paling untung dan ditutup 2.3 peratus lebih tinggi.

Penganalisis Bank Islam Malaysia Berhad, Adam Mohamed Rahim berkata, peningkatan itu berlaku walaupun terdapat penurunan harga saham China berikutan kawalan ketat terhadap sektor pendidikan di negara itu.

“Munkin kadar vaksinasi harian yang mencapat lebih 500,000 semalam membantu menghidupkan kembali sentimen.

“Selain itu, pelabur kini sedang menunggu mensyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) (Fed) yang akan berlangsung selama dua hari mulai esok,” katanya kepada Utusan Malaysia. 

Menurut Adam, para pelabur turut menunggu cara pembelian aset yang lebih rendah terutamanya setelah AS terus mencatatkan kadar inflasi lebih tinggi pada Jun tahun ini, walaupun Fed menjangka inflasi itu bersifat sementara dalam pertemuan yang sebelumnya.

Ujarnya, kebimbangan pengurangan pembelian aset mungkin akan berlaku lebih awal dari yang dijangkakan digabungkan dengan  kemungkinan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat  memberi jangkaan kenaikan kadar sebelumnya yang telah menyebabkan penyusutan nilai ringgit hari ini yang kekal di atas RM4.20 berbanding dolar AS. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN