Ahmad Nizam Pengerusi baharu PHB - Utusan Malaysia

Ahmad Nizam Pengerusi baharu PHB

AHMAD NIZAM SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) mengumumkan pelantikan Tan Sri Ahmad Nizam Salleh sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif berkuat kuasa 1 Ogos ini.

Beliau akan menggantikan Tan Sri Md. Nor Yusof yang akan bersara sebagai Pengerusi dan ahli Lembaga Pengarah berkuat kuasa 31 Julai ini.

“Lembaga Pengarah dan Pengurusan PHB merakamkan setinggi penghargaan kepada Md. Nor atas dedikasi dan sumbangan beliau yang luar biasa sebagai Pengerusi ulung dan perintis penubuhan PHB sejak dilantik pada 2006.

“Pengalaman luas Md. Nor dalam sektor kewangan dan kepimpinan dalam berbagai Syarikat Berkaitan Kerajaan menjadi tonggak kemajuan dan pencapaian PHB dan juga skim AHB selama 15 tahun beliau bersama PHB,” kata syarikat itu dalam kenyataan.

PHB berkata, Ahmad Nizam, 64, merupakan Pengerusi Petronas dan anak syarikatnya, KLCC Property Holdings Berhad sejak Ogos 2018 serta Pro-Canselor Universiti Teknologi Petronas.

“Dilahirkan di Terengganu, pengalaman Ahmad Nizam di dalam sektor hartanah komersial di KLCC Property Holdings akan terus menyokong dan mempertingkatkan lagi pertumbuhan PHB di masa hadapan,” katanya.

PHB ditubuhkan pada Mei 2006 dan skim AHB dilancarkan pada November 2010. Lembaga Pemegang Amanah YAHB dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

PHB dimiliki sepenuhnya oleh Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera (YAHB) dan merupakan penaja Amanah Hartanah Bumiputera (AHB). AHB adalah dana unit amanah patuh syariah yang melabur terutamanya dalam hartanah komersial di lokasi strategik di bandar-bandar utama di Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN