UEM Sunrise tawar inisiatif kepada pembeli hartanah - Utusan Malaysia

UEM Sunrise tawar inisiatif kepada pembeli hartanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UEM Sunrise Berhad (UEM Sunrise) dengan kerjasama Maybank Islamic, menawarkan skim tanpa wang pendahuluan, tanpa pembayaran bagi projek yang dalam tempoh pembinaan.

Melalui kerjawsama itu juga, UEM Sunrise turut menawarkan pembiayaan perumahan sebanyak 100 eratus untuk 10 projek perumahannya kepada pembeli rumah pertama dan kedua.

Menurut syarikat pemaju hartanag itu, di bawah inisiatif berkenaan, pembeli tidak perlu membuat pembayaran semasa tempoh pembinaan untuk projek-projek yang masih belum selesai pembinaannya sehigga mereka memperoleh kunci kediaman.

Pemilik rumah juga akan menikmati skim pembiayaan 100 peratus pada kadar terendah selama lima tahun pertama dengan hanya perlu membayar deposit selama tiga bulan yang akan dikembalikan dan bukannya membayar wang pendahuluan yang tinggi.

“Selain itu, pemilik rumah akan menikmati pengecualian duti setem dan memorandum pindah milik (MOT) di bawah Kempen Pemilikan Rumah (HOC) oleh kerajaan yang telah dilanjutkan sehingga akhir tahun ini,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas tawaran tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise, Sufian Abdullah berkata, syarikat amat memahami kos pendahuluan merupakan satu beban kepada para pembeli rumah pertama.

Untuk itu katanya, syarikat dengan kerjasama Maybank Islamic akan memberikan kemudahan kepada para pelanggan untuk menguruskan proses tersebut.

“Kami yakin bahawa inisiatif HouzKEY ini akan membantu lebih ramai pelanggan kami termasuk pemilik rumah kali pertama untuk mencapai impian memiliki rumah yang dibina oleh UEM Sunrise.

“Kerjasama ini selaras dengan slogan kami, ‘Menuju Bahagia’ di mana matlamat kami adalah untuk membantu pelanggan kami mencapai kebahagiaan dalam memiliki rumah baru serta pengalaman pembelian rumah yang menggembirakan,” katanya.

Pengarah Urusan Maybank Real Estate Ventures Sally Lye berkata, selaras dengan misi bank untuk memberikan kemudahan perkhidmatan kewangan, HouzKEY merupakan bukti komitmen bank dalam membantu para pelanggan untuk memiliki rumah impian mereka. 

“Justeru, kami berbesar hati untuk menyatakan sokongan kami kepada UEM Sunrise dalam mengatasi masalah utama kepada bakal pemilik rumah. Kami yakin kerjasama ini akan memberikan manfaat kepada lebih ramai pembeli rumah kali pertama dan kedua untuk memiliki rumah impian mereka,” katanya.

Selain inisiatif HouzKEY Maybank Islamic, UEM Sunrise turut terlibat dengan kempen Hari Raya Aidilfitri ‘Riang Ria Raya Ceria’ yang masih berterusan sehingga 30 Jun ini, di mana pelbagai ganjaran  menanti bakal pemilik rumah antaranya peluang memenangi duit raya tambahan, baucar pembelian, dan pelbagai hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM10,000. 

Kempen ‘Riang Ria Raya Ceria’ itu merangkumi 13 buah pembangunan menarik di sekitar Lembah Klang dan Iskandar Puteri, Johor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×