PETALING JAYA: Pelaburan asing ke Malaysia tahun lalu turun sebanyak 54.8 peratus kepada RM14.6 bilion, daripada RM32.4 bilion tahun sebelumnya, terendah sejak 2009 sebanyak RM5.1 bilion. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, walupun Malaysia mencatatkan aliran pelaburan langsung asing (FDI) lebih rendah pada 2020, namun FDI terkumpul telah meningkat sebanyak RM11 bilion kepada RM698.8 bilion. Tambah beliau, trend kejatuhan aliran FDI 2020 juga tidak berterusan pada permulaan…










