Sunway Onsen Suites terjual 90 peratus - Utusan Malaysia

Sunway Onsen Suites terjual 90 peratus

Sunway Onsen Suites adalah sebahagian daripada rancangan pelaburan masa depan Sunway Property.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Projek inovasi terbaharu Sunway Property di Ipoh, Sunway Onsen Suites merekodkan kadar jualan sehingga 90 peratus untuk blok menara pertamanya yang terdiri daripada 252 unit suite perkhidmatan.

Sunway Onsen Suites bernilai RM500 juta ini adalah yang pertama di Asia yang mengintegrasikan kolam air panas semula jadi.

Projek unik itu hadir dalam empat variasi iaitu versi studio, dua bilik dan tiga bilik bermula dari 592 kaki persegi hingga 1,184 kaki persegi serta enam unit vila Onsen mewah bermula 2,712 kaki persegi.

Ciri unik ‘onsen’ atau kolam air panas semula jadi terletak di halaman yang indah di tingkat podium. Tingkat yang sama juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk kolam renang infiniti, dewan serbaguna, gimnasium, bilik sauna dan taman.

Pengarah Eksekutif Sunway City Ipoh, Wong Wan Wooi berkata, Sunway Onsen Suites dilengkapi dengan ciri khas yang unik, persekitaran hijau dan lokasi strategik di Sunway City Ipoh yang memberikan pelbagai kemudahan kepada penduduk.

“Pelabur kami semestinya tertarik dengan hasil sewa dan potensi peningkatan modal seperti pusat peranginan unik di Ipoh yang mendapat pujian di peringkat antarabangsa dan lokasi strategik untuk persaraan,” katanya dalam kenyataan.

Sunway Onsen Suites adalah sebahagian daripada kawasan bandar Sunway City Ipoh seluas 1,350 ekar.

Pembangunan yang akan datang di perbandaran bernilai RM2 bilion itu merangkumi pembangunan hidup berbantu dengan kemudahan mata air panas, Pusat Perubatan Sunway dan pusat beli-belah Lost World.

Dengan model bandar Sunway City yang berjaya di ibu negara, Sunway Onsen Suites adalah sebahagian daripada rancangan pelaburan masa depan Sunway Property dianggarkan bernilai RM4 bilion di Perak dalam 15 hingga 20 tahun akan datang.

Sunway City Ipoh telah memenangi lima anugerah FIABCI, iaitu dua anugerah FIABCI Prix d’Excellence (International) yang diraih oleh Banjaran Hotsprings dan Lost World of Tambun masing-masing pada 2012 dan 2015, dan tiga lagi FIABCI Malaysia Property Awards, termasuk Best Master Plan Township pada 2010. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya