PETALING JAYA: Pelaburan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sebanyak RM1.3 bilion untuk membangunkan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang sebagai hab perniagaan penerbangan dan aeroangkasa Asia Pasifik bakal sia-sia jika ia diswastakan kepada pihak lain. Ini kerana, pemilik lain sudah tentu mempunyai perancangan mereka sendiri, sedangkan MAHB melalui pelan Regenerasi LTSAAS bakal membangunkannya dalam tempoh lima tahun akan datang termasuk sebagai hab penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO)…










