Perumahan asnaf; TNB peruntuk RM1.26 juta - Utusan Malaysia

Perumahan asnaf; TNB peruntuk RM1.26 juta

MOHAMAD Ariff Zainol (kiri) menyerahkan replika cek bernilai RM1.26 juta kepada Ruslan Said, sambil disaksikan Zulki i Mohamad Al-Bakri (dua, kiri) pada Majlis Penyerahan Sumbangan Program MyHAUS 2021 di Putrajaya pada Mei lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyalurkan sumbangan berjumlah RM1.26 juta daripada wakalah
zakat korporatnya bagi program membaiki rumah asnaf anjuran Jabatan wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Jabatan Perdana
Menteri pada tahun ini.

Sumbangan disampaikan oleh Chief Global Business Solutions Officer TNB, Mohamad  Ariff Zainol kepada Ketua Pengarah JAWHAR, Ruslan Said pada satu majlis ringkas di Putrajaya, baru-baru ini.

Majlis disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Tahun ini merupakan kali pertama TNB turut serta dalam Program MyHAUS yang dilancarkan pada tahun lalu dan dijayakan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN).

Mohamad Ariff berkata, sumbangan TNB itu akan memberi manfaat kepada 36 penerima dengan setiap kediaman  diperuntukan sebanyak RM35,000 untuk kos pembaikan.

Katanya, penerima manfaat dikenal pasti oleh MAIN dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ).

“Kami berterima kasih kepada pihak JAWHAR kerana diberi peluang menjayakan program yang amat besar maknanya  kepada penerima.

“Kerjasama ini adalah satu daripada inisiatif tanggungjawab korporat sosial (CSR) TNB yang menfokuskan kepada golongan yang kurang berkemampuan bagi meningkatkan taraf hidup mereka,” katanya dalam kenyataan.

Program MyHAUS adalah satu usaha kerajaan dalam menyediakan kediaman yang lebih selamat dan selesa bagi kumpulan sasar, menerusi pembiayaan dana wakaf.

TNB turut melaksanakan inisiatif serupa menerusi program Better Brighter Home @ Projek Baiti Jannati (PBJ) dan program
Better Brighter Home @ Projek Mesra Rakyat (PMR) dengan jumlah peruntukan kos pembiayaan sejumlah RM7.8 juta bagi 2021, melibatkan 156 kediaman yang akan dikenal pasti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN