PETALING JAYA: OPPO, jenama telefon pintar global terkemuka merangkul 12 anugerah ketika mengambil bahagian dalam acara visi komputer tahunan utama, Computer Vision and Pattern Recognition Conference (CVPR) 2021, baru-baru ini.
Semasa persidangan, pencapaian OPPO dalam kecerdasan buatan (AI) diiktiraf selepas mendapat tempat menerusi tujuh cabaran utama dalam 12 pertandingan termasuk satu anugerah tempat pertama, tujuh tempat kedua dan empat tempat ketiga.
Kejayaan pasukan OPPO yang diwakili Jabatan Interaksi dan Persepsi Intelligent serta Pusat Institut Penyelidikan OPPO itu membuktikan kekuatan teknologi terkemuka dan kejayaan inovatif AI syarikat.
Pasukan yang menyertai pertandingan CVPR 2021 bagi pihak OPPO adalah daripada.
Ketua Saintis Persepsi Pintar OPPO, Eric Guo berkata, pihaknya sangat gembira dengan pencapaian luar biasa sekali lagi dalam Cabaran CVPR tahun ini, selepas penyertaan sulung tahun lalu.
Ujarnya, melalui pengoptimuman dan latihan algoritma AI, kerja pasukan terus memperkukuhkan kemampuan AI OPPO dan kemampuan teknologi AI untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik.
“Tahun lalu, kami memenangi tempat pertama dalam Perceptual Extreme Super-Resolution Challenge dengan demonstrasi teknologi yang dapat menajamkan penampilan gambar yang kabur.
“Selain itu, menerusi Visual Localisation for Handheld Devices Challenge dengan menjadikan kedudukan gabungan lebih tepat,” katanya dalam kenyataan.
Menurut beliau, cabaran dimenangi OPPO tahun ini antaranya Multi-Agent Behavior, AVA-Kinetics, dan 3D Face Reconstruction from Multiple 2D Images merangkumi visi komputer yang lebih kompleks termasuk pengesanan tingkah laku, penempatan tindakan manusia dalam ruang dan masa serta pengesanan wajah.
“Teknologi ini boleh digunakan dalam pelbagai senario seperti pembuatan, rumah, pejabat, fotografi, kesihatan, dan mobiliti. Kami komited untuk menjadikan AI lebih dekat dengan pengguna, menyediakan pengguna pengalaman yang lebih bijak dan mudah,” ujarnya. – UTUSAN










