ALOR SETAR: Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) hari ini mengumumkan berjaya menarik pelaburan bernilai RM16 bilion sepanjang tahun ini sekali gus bakal mencipta 19,652 peluang pekerjaan di wilayah utara. Pengumuman tersebut dibuat pada Mesyuarat Majlis NCIA Ke-26 secara sidang video yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pada mesyuarat yang sama, Perdana Menteri turut menyaksikan lapan syarikat menyatakan komitmen bagi pelaburan berimpak tinggi di Kedah, Pulau Pinang, Perak…









