Kepentingan Data Raya dalam pemasaran - Utusan Malaysia

Kepentingan Data Raya dalam pemasaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERKEMBANGAN era Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0) telah membuka perspektif baharu dalam integrasi teknologi, ekonomi dan pasaran sebagai landasan penting di seluruh dunia. Selain pengukuhan teknologi robotik dan kecerdasan  buatan, kepentingan Data Raya atau ‘Big Data’ turut menjadi dasar kemahiran yang semakin diperlukan dalam pelbagai sektor industri dan perniagaan.

Berdasarkan kajian Perbadanan Data Antarabangsa (IDC) yang dijalankan pada tahun 2018 mendapati bahawa Google  memproses sekitar 3.5 bilion carian pada setiap hari, manakala pengguna Facebook telah memuat naik 300 juta gambar,  510,000 komen dan 293,000 status serta menganggarkan jumlah data yang akan terus bertambah dengan pesat pada  setiap tahun seterusnya.

Atas faktor tersebut, Data Raya telah menjadi platform pengumpulan data besar yang digunapakai atas kelebihan saiz perisian yang melangkaui kemampuan peranti biasa seperti pemacu pena dan sistem pengkomputeran sebelumnya.

Selain itu, ia juga mampu mengumpul dan menganalisis pelbagai data penting dengan lebih eŽfisien dan kos efektif untuk pelbagai ke perluan jangka panjang sesebuah organisasi perniagaan.

Konsep Data Raya sebenarnya telah diperkenal pada tahun 2000 apabila peneraju industri global mula membangunkan pengkalan data berasaskan ciriciri ‘3V’ iaitu Volume, Velocity dan Variety. Volume bermaksud kemampuan mengumpul kepelbagaian data seperti trend pasaran, tingkah laku pengguna sehinggalah transaksi melalui landasan digital, media  sosial dan seumpamanya. Velocity pula bermaksud aliran data yang diterima adalah dengan kepantasan yang tidak  pernah berlaku sebelum itu dan dapat diselaraskan pada masa yang diperlukan. Manakala Variety adalah kemampuan data yang diterima dalam pelbagai format sama ada berstruktur seperti pangkalan data konvensional atau tidak berstruktur seperti email, video, audio dan sebagainya.

Namun, Data Raya bukan hanya saiz dan storan, tetapi kemampuan dalam menganalisa data dengan eŽ sien dan efektif. Ia  turut merangkumi faktor kesahihan data, keselamatan dan proses pengumpulan maklumat untuk dianalisa sehinggalah  peringkat visualisasi data bagi keperluan perniagaan. Data yang dianalisa, akan mendedahkan pola dan corak sebagai  landasan dalam membuat keputusan seperti pengawalan kos, pembangunan produk dan mengenalpasti budaya pasaran  dalam menilai peluang serta risiko perniagaan.

Pertambahan maklumat yang semakin pesat mendorong membuka  peluang yang lebih besar sekiranya data yang dikumpul dapat dianalisa, disimpan dan dimanfaatkan secara lebih efektif dengan kerahsiaan yang lebih terjamin. Data Raya menjadi sebahagian aset penting bagi kebanyakkan industri dan sektor perniagaan apabila terdapat berjuta-juta produk dan pelanggan dengan transaksi berbilion dolar dilakukan setiap hari.  Sejumlah besar maklumat yang dihasilkan dapat dikumpul, diproses dan dianalisa kepada lima kategori iaitu perancangan pemasaran, operasi premis Ž zikal atau dalam talian, rantaian bekalan dan strategi jualan. Kebolehpercayaan maklumat ini penting bagi memperkukuh potensi dan kredibiliti pasaran.

Peneraju pasaran digital seperti Amazon merupakan antara contoh organisasi yang telah sekian lama menggunakan Data
Raya dan Pengkomputeran Awan untuk kepenti ngan pemasaran dan jualan. Ia mengumpul data dari pelbagai sumber  seperti enjin carian, e-mel, laman sesawang, e-dagang, media sosial dan peranti digital untuk memahami proŽ l pelanggan. Algoritma pasaran dan sejarah pembelian sentiasa dianalisa bagi membentuk corak tingkah laku pelanggan yang ideal. Amazon dikagumi dalam memanfaatkan Data Raya bagi memperkukuh daya saing melalui strategi pemasaran yang berkesan.

Kemampuan Data Raya dapat membantu perniagaan menganalisa data dan membuat keputusan strategik berdasarkan  fakta organik. Ia menyokong dalam meningkatkan kecekapan operasi dan memperkukuh keupayaan daya saing pasaran  untuk berkembang maju pada era digital kini dan masa hadapan.

PENULIS adalah perunding pemasaran bertauliah dan pakar pemasaran digital. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×