Jangkaan prestasi ekonomi menggalakkan jika pandemik mereda - Jabatan Perangkaan - Utusan Malaysia

Jangkaan prestasi ekonomi menggalakkan jika pandemik mereda – Jabatan Perangkaan

MOHD. UZIR MAHIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Indeks Pelopor (IP) Malaysia kekal mencatatkan pertumbuhan dua digit pada 15.7 peratus dengan 111.8 mata pada April berbanding 17.1 peratus, 113.2 mata bulan sebelumnya.

Indeks Pelopor merupakan alat yang digunakan untuk menjangkakan kenaikan dan penurunan ekonomi dalam purata empat hingga enam bulan ke hadapan.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, peningkatan itu disokong oleh sumbangan positif kesemua komponen IP dan dipengaruhi terutama oleh kesan asas yang rendah dari tahun sebelumnya.

Beliau berkata, sebagai perbandingan, IP menurun sebanyak 1.2 peratus bagi prestasi bulan ke bulan.

“Kadar pertumbuhan IP terlicin yang digunakan untuk meramalkan arah pergerakan ekonomi dalam masa terdekat kekal positif. IP menjangkakan prestasi ekonomi yang menggalakkan sekiranya pandemik mereda. 

“Prospek jangka pendek ini sejajar dengan pengukuhan permintaan global di mana beberapa negara telah melonggarkan ekonomi mereka selain kejayaan imuniti kelompok dan pelaksanaan Pelan Pemulihan Nasional yang berkesan untuk mempercepatkan pemulihan ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Mohd. Uzir berkata,  Indeks Serentak (IS) meningkat sebanyak 0.8 peratus untuk mencapai 115.4 mata pada April 2021 daripada 114.5 mata pada bulan sebelumnya.

Ia disokong oleh peningkatan yang signifikan dalam Kapasiti Penggunaan di sektor pembuatan (0.9 peratus) dan Indeks Kuantiti Perdagangan Runcit (0.6 peratus). 

“Begitu juga, prestasi IS yang mencerminkan keadaan ekonomi semasa melonjak kepada pertumbuhan tahunan sebanyak 20.3 peratus pada bulan rujukan daripada 4.1 peratus pada Mac 2021,” jelas beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya