PETALING JAYA: Glomac Berhad memenangi anugerah Pemaju Terbaik-Anugerah Pilihan Rakyat dan Pembangunan Bercampur Terbaik pada Anugerah Pemaju Hartanah Cemerlang iProperty (iDEA) 2021 yang diadakan pada 25 Mei lalu. Acara tersebut dianjurkan secara maya dan diadakan sebagai pengiktirafan pembangunan hartanah dan pemaju-pemaju ternama di negara ini. Pengurus Kanan Unit Komunikasi Korporat dan Pemasaran Korporat Glomac, FD Idzham FD Iskandar menerima anugerah Pemaju Terbaik-Anugerah Pilihan Rakyat, sementara Ketua Pegawai Operasi (Operasi) Kumpulan,…









