Central Global cari rakan kongsi strategik - Utusan Malaysia

Central Global cari rakan kongsi strategik

FAISAL ZELMAN ABDUL MALIK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Central Global Berhad mencari rakan kongsi strategik untuk projek pembinaan.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Faisal Zelman Abdul Malik berkata, pihaknya percaya landskap perniagaan pembinaan sedang berubah dan perkongsian sedemikian adalah cara terbaik untuk syarikat melangkah ke hadapan.

Beliau berkata, syarikat juga telah menyatakan kepada pemegang saham mengenai rancangan untuk menambah baik mesin-mesin sayap perkilangan supaya pemprosesan dapat menjadi lebih produktif dan kos efisien.

“Kami kekal optimis dalam berjaga-jaga dan akan terus memantau perubahan kesan daripada pandemik Covid-19 dan melakukan perubahan sewajarnya kepada operasi harian dengan tidak menjejas besar perniagaan.

“Kami yakin bahawa perancangan yang kami laksanakan ini akan memberi manfaat kepada Kumpulan untuk tempoh jangka panjang,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, syarikat tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia itu telah menerima kelulusan para pemegang sahamnya ke atas semua resolusi yang dibentangkan pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 disember 2021, yang diadakan secara maya hari ini.

Pemegang saham turut meluluskan resolusi untuk memilih semula Faisal Zelman; Pengarah Eksekutif, Tobby Tan dan Pengarah Bebas, Lee King Loon menganggotai Lembaga Pengarah. Ketiga-tiga mereka dilantik ke Lembaga Pengarah pada 26 Februari 2021.

Pemegang saham juga meluluskan resolusi untuk melantik Baker Tilly Monteiro Heng PLT sebagai auditor Kumpulan bagi menggantikan KPMG PLT.

Antara rancangan Central Global ialah penempatan persendirian sebanyak 18 juta saham baharu yang telah diluluskan, bagi menambah baik kapasiti sayap perkilangan selain membiayai projek pembinaan sedia ada di Pulau Pinang.

Central Global juga meraih projek pembinaan di Lahad Datu, Sabah bernilai RM101 juta. Kumpulan itu juga sedang berbincang mengenai beberapa projek pembinaan. Ditubuhkan pada 1972, Central Global secara prinsipal terlibat di dalam bidang perkilangan dan pembinaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×