Bekas juruteknik makmal bina empayar kimchi halal dengan RM200 - Utusan Malaysia

Bekas juruteknik makmal bina empayar kimchi halal dengan RM200

Yana Azmi Tan menunjukkan kimchi halal yang dihasilkannya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bermula dengan modal serendah RM200 untuk membeli barangan bagi menghasilkan kimchi, Yana Azmi Tan tidak menyangka akan menguruskan empayar kimchi halal menerusi jemana Got Kimchi? sepenuh masa sekali gus meninggalkan kerjayanya sebagai juruteknik makmal.

Bermula secara kecil-kecilan dengan menjual makanan terkenal Korea itu kepada rakan-rakan di platform media sosial, wanita berusia 35 tahun itu mengorak langkah lebih berani dengan memasarkannya di platform e-dagang Shopee.

Hasilnya, daripada hanya beberapa tempahan diterima ketika menggunakan platform sosial media, kini dia mampu menerima 100 hingga 1,000 tempahan sehari berbekalkan platform e-dagang yang lebih sistematik.

Mengimbau kembali pembabitannya dalam perniagaan tersebut, Yana merasakan persekitaran kerja sebagai juruteknik makmal yang kurang menggunakan komunikasi membuatkannya meronta-ronta untuk mencuba sesuatu yang lebih mencabar dan menarik sebagai sumber mata pencariannya saban hari.

Ujarnya, dia mula menghasilkan kimchi sebagai hobi sampingan supaya tidak terlalu memikirkan kerjayanya yang sunyi sebelum memuat naik video ke media sosial, tambahan pula kimchi adalah menu kegemaran keluarganya.

“Apabila rakan-rakan melihat video saya membuat kimchi, mereka mula bertanya dan mencadangkan supaya saya menjual kimchi namun saya kurang yakin kerana tidak mempunyai kemahiran berniaga. 

“Bagaimanapun, saya cuba nasib kerana dapat melihat terdapat permintaan tinggi terhadap makanan Korea halal. 

“Jadi, saya memulakan penghasilan kimchi secara sambilan dengan modal RM200. Saya menggunakan wang itu untuk membeli hanya tiga biji kubis dan bahan untuk membuat kimchi yang lain seperti serbuk cili, sos ikan, tepung beras dan garam,” katanya di sini.

Yana Azmi Tan ke Korea untuk mengikuti kursus pembuatan kimchi dan sos.

Menurut Yana, permintaan terus meningkat sekali gus meyakinkannya untuk mengusahakan perniagaan tersebut secara serius dan mengambil keputusan untuk meninggalkan kerjaya tetapnya.

“Bagi mendapatkan rasa kimchi asli, saya mengambil kursus fermentasi makanan dan terbang ke Korea untuk mempelajari teknik pembuatan kimchi dan sos yang betul.

“Makanan Korea mempunyai rasa yang tersendiri dan rasa itu datang daripada bahan-bahan yang dihasilkan di Korea. Sebagai contoh, sos ikan Korea mempunyai aroma buah berbanding sos ikan Thai yang baunya lebih menyengat. Serpihan lada merah Korea, Gochugaru pula lebih manis dan mempunyai warna merah yang lebih terang berbanding serpih cili lain yang banyak terdapat di Malaysia,” jelasnya.

Selepas setahun Yana memasarkan produknya menerusi media sosial seperti Instagram dan Facebook, pesanan terus bertambah dan agak sukar dikendalikan dengan jumlah tenaga kerja yang kecil.

Katanya, proses mengambil tempahan pesanan memakan masa yang lama kerana perlu membalas pesanan langsung (DM) memandangkan dia hanya mempunyai dua pekerja sepenuh masa dan empat pekerja sambilan yang perlu mengendalikan ratusan pesanan setiap hari.

Justeru, Yana meneroka platform e-dagang dan memilih Shopee kerana proses membuka kedai maya yang lima kali lebih mudah berbanding platform e-dagang lain.

“Berbanding dengan menjual di Facebook dan Instagram, para pembeli saluran e-dagang lebih berdikari kerana sistem e-dagang yang lebih intuitif. Mereka juga akan membuat pembelian jika penerangan produk yang bagus selain ulasan pembeli yang memberangsangkan.

“Persaingan itu tetap ada, jadi untuk menarik pelanggan membeli daripada kedai kami, kami menggandakan promosi selain berusaha mendapatkan banyak ulasan pelanggan bagi memastikan kedai kami kelihatan menarik dan informatif dengan video dan visual berkualiti tinggi,” ujarnya.

Yana Azmi Tan menunjukkan cara membuat kimchi halal yang diusahakannya.

Kedai Shopee rasmi Got Kimchi? mendapat pengiktirafan “Preferred Seller” setelah memenuhi kriteria prestasi Shopee yang menilai jumlah pengikut kedai, pesanan bersih, ketulenan produk, kelajuan bertindak balas dan mengekalkan penilaian kedai sekurang-kurangnya 4.7 bintang daripada 5 bintang.

Status Preferred Seller ini memberikannya akses kepada Pengurus Perhubungan atau Pengurus Akaun yang akan membimbing peniaga tentang cara mengembangkan perniagaan di Shopee.

Setelah tiga tahun, kedai Shopee miliknya kini mempunyai lebih daripada 35,100 pengikut dan mengekalkan penilaian pada purata 4.9 bintang secara konsisten daripada lebih 27,900 pelanggan.

Pada hari biasa di platform ketika tiada kempen khas sedang berlangsung, Yana mendapat sekitar 100 pesanan setiap hari namun, jualannya akan meningkat setiap kali mengambil bahagian dalam “hari penghantaran percuma” semasa kempen dua digit setiap bulan.

“Semasa Shopee 6.6 Jualan Hebat pada 6 Jun yang lalu, jualan kami meningkat kepada 1,100,” katanya.

Disebabkan jumlah tempahan yang semakin tinggi, pihaknya berusaha menyediakan 5,000 hingga 6,000 unit tempahan setiap masa bagi memastikan dapat memenuhi pesanan pelanggan dengan pantas.

Keadaan itu memerlukan kapasiti ruang pengeluaran yang lebih besar dan dengan keuntungan yang diperolehi daripada menjual di Shopee, Yana mengambil langkah berani dengan melabur RM55,000 untuk membina sebuah bengkel Makanan Korea seluas 1,000 kaki persegi bersebelahan rumahnya di Kuala Selangor.

Bengkel makanan Korea yang dibina oleh Yana Azmi Tan bersebelahan rumahnya.

Bengkel tersebut dilengkapi dengan dapur pengeluaran, bahagian pembungkusan, dan bahagian penyimpanan dan mampu menyimpan hingga 6,000 produk pada satu masa.

Kini, Yana menggunakan Shopee sebagai platform jualan atas talian utamanya selain membekalkan produk-produk masakan Korea ke kafe, pasar mini dan para pemborong.

“Walaupun perniagaan B2B (business-to-business) agak terjejas kerana banyak pelanggan korporat kami telah menghentikan perniagaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0, namun saya bersyukur kerana hasil jualan dalam talian meningkat selari dengan corak pembelian orang ramai dalam tempoh pandemik ini.

“Kami berjaya mengharungi PKP beberapa kali dan Shopee memainkan peranan yang besar dalam kesinambungan perniagaan kami,” katanya.

Yana juga komited untuk menjana hasil jualan mencecah enam angka setiap bulan supaya dapat melabur semula keuntungannya untuk menjadikan Got Kimchi Enterprise sebuah perniagaan separa automatik.

Sekiranya anda ingin menikmati makanan Korea Halal yang lazat dan menyokong usahawan tempatan layarilah – https://shopee.com.my/got.kimchi.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya