13,000 pelanggan UOB Malaysia mohon bantuan pembayaran balik - Utusan Malaysia

13,000 pelanggan UOB Malaysia mohon bantuan pembayaran balik

Wong Kim Choong
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Institusi perbankan terus tampil membantu pelanggan yang terjejas berikutan pelaksanaan Perintah  Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) dengan melanjutkan Program Bantuan Covid-19.

Terbaharu, UOB Malaysia telah melanjutkan pelaksanaan program itu yang diperkenalkan pada Mac 2020 bagi membantu pelanggan dan perniagaan terjejas.

Program bantuan itu tersedia untuk enam kategori pelanggan iaitu:
* Individu yang hilang pekerjaan akibat pandemik.

* Individu yang terjejas pendapatan.

* Pelanggan individu yang berdaftar di bawah program bantuan kerajaan seperti Bantuan sara Hidup, Bantuan Prihatin Rakyat dan Bantuan Prihatin Nasional.

* Perusahaan mikro dengan kemudahan pinjaman/pembiayaan sehingga RM150,000.

* Perniagaan termasuk perusahaan mikro serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang tidak dibenarkan beroperasi
sepanjang PKP 3.0.

* Perniagaan lain yang memerlukan bantuan kewangan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif UOB Malaysia, Wong Kim Choong, bank akan menyediakan pelbagai pilihan bantuan seperti moratorium pembayaran balik tiga bulan, ansuran bayaran balik bulanan yang dikurangkan sebanyak 50 peratus bagi tempoh enam bulan dan ansuran bayaran balik dikurangkan, setimpal dengan pengurangan dalam pendapatan pelanggan untuk tempoh enam bulan.

“Sehingga 28 Mei lalu, UOB Malaysia menerima lebih 13,000 permohonan untuk bantuan pembayaran balik, dengan kadar kelulusan sebanyak 99 peratus,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Kim Choong berkata, pelanggan dengan pengaturan bantuan bayaran balik sedia ada juga digalakkan menghubungi bank
untuk mendapatkan bantuan lanjut jika mereka terus menghadapi kesulitan akibat pelaksanaan PKO 3.0 yang lebih ketat.

Katanya, pelanggan boleh menghantar permintaan mereka dengan melengkapkan borang hubungan dalam talian
di laman web UOB Malaysia, menghubungi nombor pusat hubungan bank atau membuat permohonan secara sendiri di cawangan.

“Sepanjang tempoh PKP 3.0, bank juga menggalakkan pelanggan untuk terus menggunakan perkhidmatan perbankan digital termasuk UOB Personal Internet Banking, UOB Internet Business Banking Plus dan aplikasi mudah alih UOB Mighty,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya