fbpx

15 Jun 2021, 8:37 am

  TERKINI

Tony terima suntikan pertama vaksin Covid-19

"Saya melihat masa depan yang cerah," kata Tony Fernandes, yang menerima vaksin hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Esekutif AirAsia Group, Tan Sri Tony Fernances menerima suntikan pertama vaksin Covid-19 hari ini.

“Saya baru sahaja menerima vaksin pada hari ini dan sejumlah Allstars di semua pasaran utama kami telah divaksinasi atau mendaftar untuk mendapatkannya secepat mungkin.

“Apa yang penting, di semua pasaran utama operasi kami, program vaksinasi berada di landasan yang tepat untuk menjadikan sebahagian besar penduduk divaksin menjelang akhir tahun ini yang merupakan petanda baik untuk masa depan AirAsia Group,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, di Malaysia walaupun kita melihat gelombang baharu, ia adalah cabaran jangka pendek untuk pemulihan jangka panjang.

“Keadaan akan menjadi lebih baik dan ini telah terbukti di negara-negara dengan program vaksinasi tertinggi. Walaupun negara-negara ASEAN kini berada di tahap awal vaksinasi, pihak berkuasa komited untuk memenuhi sasaran vaksinasi mereka kepada majoriti penduduknya pada akhir tahun ini.

“Gelembung perjalanan juga dijangka akan menyokong pemulihan pesat dalam industri perjalanan ke negara-negara dengan kadar vaksinasi tinggi dan yang telah berjaya mengendalikan virus tersebut. Pakar-pakar penyakit berjangkit global turut meramalkan coronavirus dapat dirawat seperti selsema pada masa hadapan,” katanya. – UTUSAN

POPULAR

KOSMO! TERKINI