Pengganti Zeti harus ada ‘roh’ DEB - Utusan Malaysia

Pengganti Zeti harus ada ‘roh’ DEB

ZETI AKHTAR AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengganti Tan Sri Dr. Zeti Aziz haruslah mempunyai `roh’ Dasar Ekonomi Baru (DEB) selain mempunyai jiwa yang besar, kemahiran kewangan dan kepimpinan untuk menyambung legasi Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional (PNB) itu.

Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti Kewangan Islam Global (Inceif), Prof. Madya Dr. Baharom Abdul Hamid berkata, `roh’ DEB diperlukan kerana tanggungjawab itu melibatkan dana pelaburan khas bumiputera.

“Oleh itu, matlamat dan aspirasi penguasaan ekonomi bumiputera harus djuarai oleh sesiapa yang akan menggantikan tempat Zeti.

“Sesiapa sahaja yang dilantik perlu tahu amanah dan tanggungjawab besar kepada negara, bumiputera dan seluruh rakyat Malaysia,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Tambahnya, penamatan tempoh jawatan Zeti adalah sesuatu yang agak menggemparkan kerana bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) itu berjaya menghabiskan perkhidmatan sehingga ke hujung kontraknya walaupun banyak cabaran yang ditempuhi.

“Beliau dilantik oleh kerajaan Pakatan Harapan, dan apabila Perikatan Nasional mengambil alih, spekulasinya ialah beliau akan digantikan, namun beliau masih dapat bertahan.

“Selain itu, terdapat berita pembabitan syarikat suaminya dalam menerima wang daripada 1MDB yang sekali lagi telah meningkatkan tekanan untuk perkhidmatan beliau ditamatkan tetapi Zeti berjaya bertahan sehingga ke penghujung kontraknya,” jelasnya.

 

Di bawah kepimpinan Zeti Aziz, PNB telah mengukuhkan portfolio pelaburan asingnya.

Mengulas lanjut, Baharom memberitahu, Zeti adalah seorang yang dikenali dan diakui kehebatannya.

Katanya, kehebatan Zeti dapat dilihat apabila memimpin BNM dan dilantik menjadi pengerusi syarikat pengurusan dana terbesar di Malaysia iaitu PNB.

“PNB boleh dikatakan antara instrumen DEB yang penting dan berjaya. Pengerusi-pengerusi PNB sebelum ini juga adalah seorang yang mempunyai jiwa bumiputera yang besar serta mempunyai kemahiran kewangan yang tinggi.

“Pengerusi PNB seterusnya harus memenuhi jangkaan itu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.