PETALING JAYA: Sime Darby Property Berhad merekodkan pendapatan sebanyak RM589.5 juta pada suku pertama tahun ini, melonjak 23.7 peratus berbanding prestasi suku sama tahun sebelumnya, dipacu oleh segmen pembangunan hartanah. Keuntungan sebelum faedah dan cukai (PBIT) dalam suku semasa juga mencatat peningkatan yang kukuh berbanding kerugian sebelum faedah dan cukai sebanyak RM2.3 juta yang direkodkan pada suku sama 2020. Pengarah Urusannya, Datuk Azmir Merican berkata, segmen Pembangunan Hartanah merupakan penyumbang…










