fbpx

15 Jun 2021, 8:48 am

  TERKINI

Operasi TNB berjalan seperti biasa sepanjang PKP

Operasi bacaan meter dan waktu kedai TNB berjalan seperti biasa sepanjang PKP.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dalam usaha berterusan memberikan perkhidmatan terbaik kepada 9.4 juta pelanggannya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Tenaga Nasional Berhad TNB) memaklumkan, operasinya adalah berjalan seperti biasa.

Menurut TNB dalam kenyataan, operasi tersebut meliputi:
1. Pembacaaan meter akan berjalan seperti biasa mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa. Ia bagi memastikan pengguna menerima bil sebenar dan bukan bil anggaran.

2. Bermula 12 Mei hingga 7 Jun, waktu operasi Kedai Tenaga adalah dari pukul 9 pagi hingga 4 petang setiap hari, kecuali hujung minggu dan cuti am.

Waktu kiosk layan diri di Kedai Tenaga pula adalah dari pukul 8.15 pagi hingga 8 malam setiap negeri di negeri-negeri di bawah PKP.

3. Bagi Kedai Tenaga yang terletak di Pusat Transformasi Bandar (UTC) bagi negeri-negeri di bawah PKP, waktu operasi adalah dari pukul 8 pagi hingga 5 petang setiap hari, kecuali cuti am.

4. Waktu operasi perkhidmatan TNB Careline di talian 1-300-88-5454 adalah dari pukul 8 pagi hingga 5 petang setiap hari.

Untuk makluman, talian TNB Careline 1-300-88-5454 dan emel [email protected] adalah untuk pertanyaan berkaitan akaun dan bil. Untuk gangguan bekalan elektrik pula, para pengguna diminta menghubungi TNB CareLine di 15454 dan Facebook TNB CareLine.

“Bagi sebarang urusan transaksi termasuk semakan dan pembayaran bil, pengguna dinasihatkan menggunakan kemudahan transaksi dalam talian, antaranya menerusi portal
(www.mytnb.com.my) dan aplikasi myTNB agar dapat mengurangkan keperluan untuk transaksi secara bersemuka,” katanya. – UTUSAN

POPULAR

KOSMO! TERKINI

BERITA BERKAITAN