Norliza dilantik Lembaga Pengarah BAT - Utusan Malaysia

Norliza dilantik Lembaga Pengarah BAT

Norliza Kamarudin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: British American Tobacco Malaysia Berhad (BAT Malaysia) melantik Norliza Kamaruddin sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas berkuat kuasa 30 April lalu.

Pengerusi BAT Malaysia, Tan Sri Dr. Aseh Che Mat berkata, pengalaman dan kemahiran Norliza akan menjadi aset yang berharga dalam Lembaga pengarah BAT Malaysia.

“Selain tugas kepimpinan dan fidusiarinya sebagai anggota Lembaga, kami juga akan memanfaatkan pengalaman Norliza dalam bidang kemampanan dan komunikasi untuk membantu kami mencapai objektif korporat,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Norliza memberitahu, beliau mendapat inspirasi berikutan rekod cemerlang prestasi syarikat tembakau itu dalam tadbir urus korporat selain menjadi majikan terkemuka dengan banyak anugerah untuk pengembangan bakat dan inisiatif buat wanita dalam tenaga kerja.

“Dengan bantuan ahli lembaga pengarah yang lain, saya berharap dapat menyumbang kepada tujuan A Better Tomorrow syarikat itu,” jelasnya.

Norliza merupakan pemenang anugerah akar komunikasi kanan dengan mempunyai pengalaman lebih 25 tahun di Malaysia dan luar negara.

Sebelum ini, beliau yang merupakan Ketua Komunikasi Strategik Global Petronas,  bertanggungjawab memantau strategi komunikasi, penjenamaan korporat, kesinambungan dan pengurusan reputasi kumpulan itu di lebih 30 negara.

Kini, Norliza merupakan Pengarah Urusan di FTI Consulting, firma penasihat perniagaan senaraian awam yang berpusat di Amerika Syarikat (AS).

Beliau juga merupakan Profesor Adjung untuk Komunikasi Strategik di Universiti Multimedia (MMU).  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya