Genting Highlands tawar pelbagai tarikan - Utusan Malaysia

Genting Highlands tawar pelbagai tarikan

Taman Tema Genting Skyworlds antara tarikan terbaharu di Genting Highlands.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sejak pembukaan hotel pertama pada 1971, Genting Highlands Resort terus berkembang dengan pesat.

Pusat peranginan itu yang dijenamakan semula sebagai Resorts World Genting (RWG) pada 2009, kini kekal menjadi destinasi peranan bersepadu utama di Malaysia dengan jumlah 10,500 bilik di tujuh buah hotel berbeza.

Menurut Genting Malaysia Berhad (GENM), Resorts World Genting menampilkan pelbagai kemudahan riadah dan hiburan, termasuk permainan, tarikan bertema, tempat makan dan beli-belah, persembahan antarabangsa, acara ikonik dan persidangan perdagangan.

Katanya, antara kecemerlangan RWG adalah kedudukan dan tawarannya sebagai sebuah destinasi percutian untuk keluarga.

“Untuk kekal di tahap ini, proses inovasi dan penciptaan semula diteruskan bagi memenuhi permintaan generasi keluarga dan para pengguna yang semakin hebat dan meningkat bagi hiburan berorientasikan keluarga.

“Ini terbukti dengan pelancaran Skytropolis, taman tema dalaman berkeluaran 400,000 kaki persegi dan Taman Tema Genting Skyworlds, taman tema luar yang dibina di atas tanah seluas 26 ekar pada ketinggian 6,000 kaki dari atas laut yang bakal dibuka tidak lama lagi,” katanya dalam kenyataan.

Tambah GENM, daya penarik Genting Highlands sebagai tempat percutian berorientasikan keluarga bermula sejak sedekad lalu.

Malah katanya, kebanyakan rakyat Malaysia mempunyai kisah dan pengalaman keluarga masing-masing ketika bercuti di pusat peranginan itu.

GENM merupakan sebuah syarikat utama dalam bidang riadah dan perhotelan di dunia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN