Emas cecah paras tertinggi dalam tiga bulan - Utusan Malaysia

Emas cecah paras tertinggi dalam tiga bulan

Kelemahan dolar Amerika Syarikat mendorong kenaikan harga emas di pasaran global. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENGALURU: Harga emas me­lon­­jak melepasi AS$1.844.60 (RM7,629.71) seauns untuk mencapai paras tertingginya dalam tem­­poh hampir tiga bulan, dipacu kelemahan dolar Amerika Sya­rikat (AS) dan penurunan ha­sil Perbendaharaan, selepas penjualan runcit AS terhenti pada April.

Emas jongkong menokok 0.1 peratus setelah mencapai paras tertinggi sejak 10 Februari di awal sesi dagangan di Asia.

Niaga hadapan emas AS pula meningkat 0.4 peratus kepada AS$1,845.60 (RM7,629.71).

Indeks dolar merosot daripada kenaikan hampir sepanjang minggu minggu lalu, menjadikan emas lebih murah bagi pemegang mata wang lain.

Hasil Perbendaharaan AS da­lam 10 tahun merosot daripada paras tertinggi sepanjang minggu lalu. Hasil bon yang lebih rendah mengurangkan kos peluang memegang emas tanpa faedah.

Data pada Jumaat me­nunjukkan, penjualan runcit AS secara tiba-tiba terhenti pada April, namun lonjakan mungkin terjadi dalam beberapa bulan akan datang di tengah rekod penjimatan dan sektor ekonomi yang dibuka kembali.

Laporan penjualan runcit yang lemah mengekang kebimbangan dan pertaruhan inflasi yang mening­kat terhadap kenaikan kadar Rizab Persekutuan AS yang lebih cepat daripada jangkaan.

Emas cenderung mendapat keuntungan daripada lingku­ngan kadar faedah yang lebih rendah kerana ia mengurangkan kos peluang untuk memegang bulion yang tidak menguntungkan.

Jumaat lalu, Presiden Rizab Persekutuan Dallas, Robert Kaplan memaklumkan prospek kenaikan yang membimbangkan dalam jangkaan inflasi AS, kera­na ketidakseimbangan antara penawaran dan permintaan buruh serta barangan memberi tekanan pada harga.

Paladium meningkat 0.2 peratus kepada AS$2,898.24 (RM11,981.32) seauns, perak turun 0.1 peratus kepada AS$27.38 (RM113.19) dan platinum turun 0.2 peratus kepada AS$1,222.04 (RM5,051.91).– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN