fbpx

12 Mei 2021, 6:24 pm

  TERKINI

Zeti lepas jawatan Pengerusi SDPB

ZETI Aziz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz akan melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Sime Darby Property Berhad (SDPB) dalam mesyuarat agung tahunan syarikat itu bulan depan.

Dalam laporan tahunannya, SDPB menyatakan Zeti tidak akan mencalonkan dirinya semula untuk jawatan tersebut pada mesyuarat agung tahunan ke-48 syarikat itu, sekali gus menamatkan khidmatnya sebagai pengerusi.

“Zeti dan Datuk Seri Ahmad Johan Mohammad Raslan (Pengarah Bukan Eksekutif Bebas) akan bersara pada mesyuarat agung tahunan ke-48 yang akan diadakan pada 6 Mei 2021 mengikut Peraturan 111 Perlembagaan Syarikat.

“Ahmad Johan telah menyatakan hasratnya untuk dicalon semula dalam mesyuarat agung tahunan. Zeti pula me­nyatakan hasratnya untuk tidak bertanding semula. Maka, beliau akan memegang jawatan sehingga mesyuarat agung tahunan ke-48,” kata laporan itu.

Zeti dilantik sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Bukan Bebas SDPB pada 23 Julai 2018 bagi menggantikan Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Dalam laporan tahunan yang sama, SDPB menyatakan bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) itu berjaya menunjukkan kepemimpinan yang kukuh dalam menguruskan kedinamikan lembaga pengarahnya dan mewujudkan persekitaran yang menggalakkan penglibatan para pengarah serta perbahasan yang aktif.

“Pengerusi turut memastikan terdapat fokus yang berpanja­ngan terhadap hal-hal kritikal melalui pengawasan dan bim­bingan yang cemerlang sepanjang tahun bagi menghadapi cabaran yang dilalui syarikat.

“Para pengarah turut me­nyatakan kekuatan pengerusi dalam menyediakan bimbingan kepada ahli lembaga pengarah dan pasukan pengurusan sementara menetapkan ketegasan terhadap isu risiko, pematuhan dan pentadbiran,” katanya.

Selain Zeti dan Ahmad Johan, dua lagi Pengarah Bukan Eksekutif Bebas, Datuk Soam Heng Choon dan Mohamed Ridza Mohamed Abdulla turut bersara pada mesyuarat agung tahunan kali ini dan kedua-dua mereka telah menyatakan hasrat untuk dinamakan semula. – UTUSAN

 

×
×