Zeti bersara sebagai Pengerusi Kumpulan PNB - Utusan Malaysia

Zeti bersara sebagai Pengerusi Kumpulan PNB

ZETI AKHTAR AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan bahawa Tan Sri Dr. Zeti Aziz telah secara rasmi menulis surat kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi Yayasan Pelaburan Bumiputera (YPB), hasrat beliau untuk tidak memperbaharui tempoh jawatannya sebagai Pengerusi Kumpulan selama tiga tahun berakhir esok.

Menurut PNB, Zeti telah memacu perjalanan transformasi PNB sejak pelantikan beliau pada 2018 dengan menyaksikan institusi tersebut mencapai kemajuan besar dalam tiga bidang utama.

Pertama, usaha kepelbagaian ke dalam kelas aset dan pasaran global yang lebih luas menyaksikan pendedahan PNB dalam aset antarabangsa meningkat kepada 12.3 peratus akhir tahun lalu.

Usaha itu jelas PNB, telah mengukuhkan portfolio pelaburannya daripada hanya tertumpu dalam ekuiti domestik.

Kedua, PNB telah berjaya mengukuhkan keupayaan pengurusan risiko dan kecairannya dengan fokus menurunkan peratusan pegangan tunai lebih tinggi hasil daripada pengurusan pendedahan risiko pertukaran asing yang lebih besar.

“Akhir sekali, PNB telah memulakan transformasi organisasi di seluruh Kumpulan yang telah menghasilkan inovasi digital, kecekapan operasi dan pengembangan bakat menerusi pelbagai inisiatif,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.