TNB teruskan tradisi bingkisan kuih raya - Utusan Malaysia

TNB teruskan tradisi bingkisan kuih raya

AHLI Persatuan Pelitawanis TNB menyediakan 10,409 bingkisan kuih raya yang akan diagihkan kepada warga kerja TNB di Semenanjung dan Sabah yang bertugas pada 1 Syawal nanti di Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi Persatuan Wanita TNB (Pelitawanis) meneruskan tradisi menghargai warga kerjanya yang akan bertugas pada 1 Syawal nanti, dengan penyediaan dan agihan kuih raya.

Menurut TNB, kuih raya itu akan diagihkan kepada warga kerja TNB di Semenanjung dan Sabah yang dijadualkan bertugas secara giliran atau tunggu sedia pada Hari Raya pertama.

Jelasnya, meskipun masih berdepan dengan situasi pandemik Covid-19, Pelitawanis bersama enam cawangan sekitar Lembah Klang telah menyediakan 10,409 pek bingkisan kuih raya, berbanding 10,260 tahun lalu.

Yang Dipertua Pelitawanis TNB, Datin Noor Aizah Abd. Karim berkata, tugasan penyediaan bek bingkisan disempurnakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan kerajaan dan syarikat.

“Ini termasuk memakai pelitup muka serta mengambil bacaan suhu badan ahli persatuan sebelum dibenarkan membungkus kuih.

“Penyediaan bingkisan bermula sejak 14 April lalu dijangka selesai 30 April, dan ia akan diagihkan secara berperingkat bermula 3 Mei,” katanya dalam kenyataan.

Menurut TNB, tradisi penyediaan dan pembungkusan bingkisan raya telah dilakukan melalui Pelitawanis sejak 2005.

Ia tanda penghargaan kepada warga kerja yang bertungkuks-lumus memasikan bekalan elektrik kekal selamat dan stabil sepanjang Aidilfitri, khususnya ketika negara masih berhadpan dengan pandemik Covid-19, katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.