`Satu penghormatan buat saya' - Zeti - Utusan Malaysia

`Satu penghormatan buat saya’ – Zeti

ZETI AKHTAR AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tan Sri Dr. Zeti Aziz menyifatkan, kesempatan berkhidmat sebagai Pengerusi Kumpulan Permodalanan Nasional Berhad (PNB) selama tiga tahun, satu penghormatan buat diri beliau.

Katanya, dalam tempoh tersebut, PNB telah melaksanakan agenda transformasi organissasi dalam tampoh yang mungkin paling mencabar dan transformatif pernah dialami.

“Hari ini, agenda transformasi ini telah mendorong potensi peningkatan prestasi dan inovasi yang lebih besar, serta kecekapan yang lebih tinggi.

“PNB kini berada dalam kedudukan teguh untuk melakukan yang lebih baik lagi pada masa depan dan meraih penciptaan nilai jangka panjang yang disasarkan demi para pemegang unit kami,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PNB dalam satu kenyataan mengumumkan bahawa Zeti telah secara rasmi menulis surat kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi Yayasan Pelaburan Bumiputera (YPB), hasrat beliau untuk tidak memperbaharui tempoh jawatannya sebagai Pengerusi Kumpulan selama tiga tahun berakhir esok.

Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) itu menyertai PNB pada 2018.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, bagi pihak Lembaga Pengarah, Pasukan Kepimpinan dan semua rakan sekerja di
PNB, beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Zeti atas kepimpinan yang berwawasan dan sumbangan tidak ternilai beliau kepada PNB, ASNB dan syarikat Kumpulan
PNB sepanjang tempoh tiga tahun itu.

“Beliau membawa bersamanya hampir empat dekad pengalaman dalam perkhidmatan awam dan pengukuhan institusi, yang telah memberi banyak manfaat kepada PNB,” katanya.

Menurut PNB, pelantikan Pengerusi Kumpulan baharu akan diputuskan oleh Yayasan Pelaburan dalam masa terdekat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.