PPZ-MAIWP terima zakat perniagaan RM18.59 juta - Utusan Malaysia

PPZ-MAIWP terima zakat perniagaan RM18.59 juta

Majlis penyerahan zakat perniagaan oleh syarikat-syarikat korporat kepada PPZ-MAIWP di Masjid Negara, Kuala Lumpur, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM18.59 juta daripada 11 syarikat korporat.

Syarikat korporat terbabit ialah Amanah Hartanah Berhad sebanyak (RM3.32 juta), Etiqa Family Takaful Berhad (RM452,000), Etiqa General Takaful Berhad (RM410,000), Koperasi Ladang Berhad (RM574,049.79), Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (RM1.67 juta), Lembaga Tabung Haji (RM9.171 juta).

Syarikat lain ialah, Malaysia Debt Ventures Berhad (RM191,639.23), Maybank Islamic Berhad (RM420,171.35), Perbadanan Harta Intelek Malaysia (RM1.967 juta), Ri Network Sdn. Bhd. (RM300,000) dan Sime Darby Property Berhad (RM100,000).

Majlis penyerahan zakat perniagaan tersebut telah diadakan di Masjid Negara semalam dengan dihadiri Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee dan Pengerusi MAIWP, Datuk Dr. Mohd. Daud Bakar.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) merangkap Setiausaha MAIWP, Datuk Muhd. Ajib Ismail dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim ­Amir Osman.

PPZ-MAIWP dalam kenya­taan memaklumkan, dalam tempoh Januari hingga Mac lalu, pihaknya telah mengutip zakat perniagaan sebanyak RM17.128 juta berbanding RM13.640 juta tahun lalu, peningkatan seba­nyak 26 peratus.

Sementara itu, Syed Ali merakamkan penghargaan dan ucapan terutama kasih kepada kesemua syarikat yang telah membayar zakat di pusat ber­kenaan.

“Bulan Ramadan ini adalah masa terbaik untuk kita melipatgandakan ibadah. Oleh itu, ambillah kesempatan pada bulan ini untuk berbuat kebaikan dengan berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan sebagai tanda kita mensyukuri nikmat yang diberikan oleh Allah SWT,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya