Nazir Razak dilantik Pengerusi Bukan Eksekutif Bank Pembangunan - Utusan Malaysia

Nazir Razak dilantik Pengerusi Bukan Eksekutif Bank Pembangunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) mengumumkan pelantikan Datuk Seri Nazi Razak sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif berkuat kuasa 22 April 2021.

Nazir akan menggantikan Datuk Zaiton Mohd. Hassan yang telah bersara pada 22 Februari lalu selepas berkhidmat selama dua tahun.

Mengulas pelantikannya, Nazir berkata, beliau bersyukur di atas pelantikan itu kerana berpeluang berkhidmat dengan sebuah institusi kerajaan dan bersedia membawa bersama pengalaman selama bertahun-tahun di dalam sektor kewangan.

“BPMB adalah institusi kewangan pembangunan utama dengan peranannya menyokong syarikat-syarikat dan projek-projek yang mempromosikan pembangunan sosio-ekonomi,” katanya dalam kenyataan.

BPBM telah diperbadankan pada 28 November 1973 dengan mandat untuk menyokong pembangunan ekonomi Malaysia melalui bantuan kepada perusahaan kecil dan sederhana.

Kini, bank berkenaan turut menyediakan bantuan kewangan jangka sederhana dan panjang kepada sektor-sektor strategi dan penting untuk negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.