MyMY terima lesen wang elektronik - Utusan Malaysia

MyMY terima lesen wang elektronik

KERJASAMA akan mempercepatkan transformasi digital dan integrasi kewangan. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat tek­nologi kewangan tempatan, MyMy Payments Malaysia Sdn. Bhd (MyMY) menerima kelulusan bersyarat untuk skim besar lesen wang elektronik daripada Bank Negara Malaysia (BNM).

Dengan kelulusan itu, syarikat tersebut dijangka melancarkan perkhidmatan e-dompetnya tahun ini.

Pengasas bersama MyMy, Kishore Samuel dan Joe McGuire berkata, pihak mereka berbesar hati menerima kelulusan tersebut daripada BNM dan melihat ia sebagai langkah utama dalam usaha syarikat itu menjadi unikorn pertama Malaysia.

Mereka turut berkata, MyMy masih mengekalkan komitmen untuk menyediakan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi di Malaysia.

“Kami mahu menjadi Revolut ASEAN. Kami bermula di Malaysia dan komited untuk membina serta kekal menjadi ahli utama dalam ekosistem tempatan.

“Kami sangat berbangga de­ngan kemajuan kami setakat ini dan kami mahu berterima kasih kepada BNM, pasukan MyMy, pelabur, koperasi tentera, Seed Space dan rakan kongsi yang mempercayai kami,” katanya dalam kenyataan dekat sini semalam.

MyMy merupakan antara syarikat yang cemerlang ketika negara dilanda pandemik Co­vid-19 apabila berjaya mendapatkan pendanaan terbesar dalam pusingan pendanaan benih daripada koperasi tentera pada September lalu.

Syarikat itu turut memuktamadkan kerjasama dengan SukaNiaga untuk membentuk konsortium perbankan digital pertama Malaysia bulan lalu.

Berkenaan perkhidmatan e-dompet yang akan ditawarkan, MyMy menolak untuk memberikan perincian penuh produknya sebelum semua keperluan bersyarat dipenuhi oleh BNM.

Walau bagaimanapun, syarikat itu memberi jaminan perkhidmatan yang ditawarkan mempunyai kelainan dan bukan satu lagi produk e-dompet seperti yang ada pasaran ketika ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.