Bukan bantu pemaju - Vincent - Utusan Malaysia

Bukan bantu pemaju – Vincent

VINCENT TAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengasas Better Malaysia Foundation (BMF), Tan Sri Vincent Tan (gambar) menafikan cadangan pinjaman perumahan dua generasi oleh pertubuhan itu untuk membantu pemaju melariskan jualan rumah semata-mata.

Beliau menegaskan, masalah utama yang mahu diselesaikan ialah ketidakmampuan pembeli untuk memiliki rumah sendiri disebabkan pendapatan yang rendah dan permohonan pinjaman yang sering ditolak institusi kewangan.

Kata beliau, para pemaju tidak memerlukan bantuan se­begitu kerana mereka lebih cen­derung membangunkan projek perumahan bernilai tinggi yang lebih memberi keuntu­ngan.

“Mana mungkin ini membantu pemaju sahaja. Pemaju di Malaysia tidak perlukan bantuan sebegini.

“Awak tahu apa yang pemaju mahu? Mereka tidak mahu bina, langsung tidak mahu bina rumah mampu milik.

“Apa yang penting, kita mahu bantu rakyat yang miskin, berpendapatan rendah untuk memiliki sebuah rumah,” katanya kepada media selepas Pameran Unit dan Taklimat Media projek perumahan mampu milik BMF di Hotel Berjaya Times Square di sini semalam.

Utusan Malaysia kelmarin melaporkan kritikan Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti Kewangan Islam Global (Inceif), Prof. Madya Dr. Baharom Abdul Hamid terhadap cadangan pinjaman perumahan dua generasi oleh BMF yang dilihat hanya sebagai gimik untuk membantu pemaju menjual rumah berbanding usaha untuk membantu pembeli.

Beliau turut menyatakan, langkah tersebut tidak sihat untuk ekonomi negara kerana memberi kesan buruk kepada kadar hutang isi rumah negara.

Dalam sesi Pameran Unit dan Taklimat Media semalam, BMF memberi peluang kepada petugas media untuk melihat sendiri idea reka letak rumah berkeluasan 900 kaki persegi yang dicadangkan BMF.

Rumah tersebut menampilkan ciri-ciri istimewa, terutamanya dari segi bilangan bilik tidur dan bilik air yang memanfaatkan sepenuhnya ruang yang ada.

Rumah cadangan BMF mempunyai lima bilik tidur dan empat bilik air untuk unit berkeluasan 900 kaki persegi.

Menjelaskan perkara tersebut, Vincent berkata, rekaan tersebut bertujuan memenuhi keperluan keluarga berpendapatan rendah yang pada pemerhatian beliau mempunyai jumlah anak yang ramai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya