Boustead umum akhir tahun - Utusan Malaysia

Boustead umum akhir tahun

Boustead Properties Berhad akan meneliti beberapa kertas cadangan konsep terbaik untuk pusat beli-belah eCurve. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Boustead Properties Berhad (Boustead Properties) akan mengumumkan rancangan pembaharuan pusat beli-belah eCurve, Mutiara Damansara sebelum akhir tahun ini selepas meneliti beberapa kertas cadangan.

Pengurus Besar Kanan, Pengurusan Hartanah dan Pelaburannya, Jazmi Kamarudin berkata, buat masa ini segala perancangan pembaharuan pusat beli-belah tersebut masih di peringkat awal.

“Kita akan menilai beberapa kertas cadangan sebelum memilih konsep pusat beli-belah yang terbaik. Kami jangkakan sesuatu yang sangat menarik bagi menepati cita rasa para pengunjung.

“Sebaik sahaja semuanya te­lah dimuktamadkan, kami pasti akan umum. Mungkin sebelum akhir tahun ini,” katanya ketika ditemui ketika program the Curve Berkongsi Kemeriahan Bubur Lambuk dengan Komuniti Mutiara Damansara, di sini semalam.

Program pengagihan lebih 1,200 bubur lambuk itu disertai Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. dengan proses penyediaan diketuai Cef Irwan Mohd. Nor dari Adabi.

the Curve merupakan antara pusat beli-belah pertama yang mengadakan kerjasama dengan Adabi untuk mengagihkan bubur lambuk dalam usaha berkongsi keberkatan bulan Ramadan tahun ini.

Bubur lambuk berkenaan diagihkan kepada para pengunjung the Curve, golongan tidak bernasib baik di Pusat Jagaan Kasih Harapan Kota Damansara dan tidak dilupai barisan hadapan iaitu anggota polis bertugas di Balai Polis Mutiara Damansara.

Tambah Jazmi, walaupun eCurve ditutup sementara, keadaan itu tidak memberi impak buruk kepada syarikat memandangkan pihaknya telah memindahkan kira-kira 10 penyewa asal eCurve ke unit baharu di the Curve.

“Sambutan pengunjung juga tetap positif terutamanya ketika cuti hujung minggu dan cuti umum menjelang musim perayaan tidak lama lagi. Kita yakin keadaan akan bertambah baik susulan program vaksin yang sedang rancak dijalankan kerajaan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN