Program Mentor Wanita Cukup Berani Maggi kembali - Utusan Malaysia

Program Mentor Wanita Cukup Berani Maggi kembali

Program Mentor Wanita Cukup Berani 2021 Maggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bersempena Hari Wanita Antarabangsa 2021, Maggi meraikan ketabahan wanita Malaysia dengan melancarkan fasa kedua Program Mentor Wanita Cukup Berani Maggi.

Program ini menyusuli rintisan kejayaan program yang dilancarkan pada tahun 2020 yang menerima penyertaan lebih 900 wanita, bertujuan untuk meningkatkan kemahiran wanita dan membina keyakinan diri mereka untuk mencuba sesuatu yang baharu – sama ada dalam masakan, kehidupan atau perniagaan.

Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Unicef dan Dana Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Aktiviti Kependudukan (UNFPA) bertajuk “Keluarga di Pinggiran” , isi rumah Malaysia yang diketuai oleh wanita seperti balu atau ibu tunggal adalah yang sangat terkesan, dengan 32 peratus kadar pengangguran berbanding yang lain.

Memahami keadaan ini, Maggi telah mengambil langkah pro-aktif untuk menilai perubahan dan keperluan kritikal wanita semasa pandemik COVID-19 serta mengumpul maklumbalas oleh peserta yang menyertai Bengkel Online Wanita Cukup Berani Maggi tahun lalu.

Berlandaskan maklumat ini, Maggi akan melancarkan modul baharu Masterclass: Cara Menjayakan Perniagaan Makanan” untuk wanita yang berminat untuk memulakan atau menambah baik perniagaan makanan mereka yang sedia ada.

Diterajui oleh usahawan dan mentor Program Mentor Wanita Cukup Berani 2021 Maggi, Anne Idris, dan Chef Maggi, Chef Muluk, Masterclass ini adalah sesi eksklusif untuk memberi bimbingan mendalam dan tips bagi meningkatkan kemahiran memasak dan keusahawanan asas buat usahawan makanan serta mereka yang ingin memulakan perniagaan makanan sendiri.

Para peserta akan berpeluang untuk menyertai program bimbingan peribadi yang unik ini, menyampaikan idea perniagaan mereka dan akhirnya menerima modal benih dari Maggi Malaysia untuk merealisasikan impian perniagaan masing-masing.

Geetha Balakrishna

Menurut Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan Maggi, Nestlé (Malaysia) Berhad, “Program Mentor Wanita Cukup Berani Maggi ini bermula dengan hasrat untuk memberi inspirasi serta mendorong wanita Malaysia membina keyakinan serta memperkasakan kemahiran diri bagi mencuba sesuatu yang baru untuk memulakan perubahan yang positif, baik untuk diri sendiri dan juga keluarga. Sambutan menggalakkan dan maklumbalas positif yang kami terima pada 2020 memberi inspirasi dan mendorong kami untuk menggandakan lagi impak program ini.

“Kami manfaatkan motivasi ini kepada tindakan dengan memperluaskan bengkel, menambah kandungan baharu yang relevan dan memperkenalkan modul Masterclass tahun ini. Inilah komitmen kami untuk terus membangunkan usaha yang memberi impak kepada lebih ramai wanita dan menangani pelbagai keperluan mereka kerana kami ingin semua peserta dalam program ini menjadi lebih berani baik di dapur dan juga perniagaan,” katanya.

Maggi memperluaskan kandungan bengkel tiga hari tahun ini yang kini akan menampilkan modul digital yang dipertingkatkan melalui Jurulatih Bertauliah Google, untuk menyampaikan kemahiran digital yang praktikal dan cara-cara untuk menambahbaik penggunaan media sosial dalam perniagaan.

Peserta-peserta juga berpeluang untuk mengikuti sesi yang lebih interaktif bersama mentor kegemaran mereka, Datin Paduka Eina Azman, Sheila Rusly dan Anne Idris.

Bengkel Online Wanita Cukup Berani Maggi selama tiga hari ini akan diadakan dari 6 hingga 8 April, diikuti dengan bengkel kedua dari 13 hingga 15 Julai dan bengkel terakhir akan diadakan pada 12 hingga 14 Oktober. Untuk maklumat lanjut mengenai Program Mentor Wanita Cukup Berani 2021 Maggi dan pendaftaran bengkel, sila log masuk ke https://www.maggi.my/ms/aktiviti-maggi/maggi-cukup-rasa/

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN