MCMC wujud proses fast track selesai isu capaian - Utusan Malaysia

MCMC wujud proses fast track selesai isu capaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mewujudkan proses fast track untuk menyelesaikan isu-isu capaian di kawasan dikenal pasti sebagai keutamaan tinggi.

Menurut MCMC, langkah itu diambil berikutan aduan pengguna baru-baru ini tentang kelewatan pemasangan perkhidmatan komunikasi di beberapa kawasan keutamaan tinggi akibat rundingan komersial yang berlarutan antara syarikat pemberi perkhidmatan.

Kawasan keutamaan tinggi yang dikenal pasti oleh MCMC adalah seperti pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan dan negeri, hab pengangkutan, kawasan berimpak tinggi ekonomi, projek kerajaan yang dikenal pasti di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), projek Jendela, kawasan keutamaan bagi pelaksanaan 5G dan kawasan yang mempunyai pemberi perkhidmatan eksklusif.

“Inisiatif ini yang disokong dengan pelaksanaan Jendela, diambil bagi memastikan pengguna mendapat akses perkhidmatan komunikasi yang berkualiti dalam tempoh berpatutan.

“Usaha ini sangat penting semasa mengharungi pandemik Covid-19 yang meningkatkan pergantungan pengguna, peniaga dan kerajaan terhadap perkhidmatan komunikasi untuk melaksanakan urusan setiap hari,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya