Goodyear miliki Cooper pada AS$2.5 bilion - Utusan Malaysia

Goodyear miliki Cooper pada AS$2.5 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Goodyear Tire & Rubber Company akan memiliki Cooper Tire & Rubber Company melalui transaksi dengan jumlah nilai perusahaan  pada kira-kira AS$2.5 bilion (RM10.1 bilion).

Menurut Goodyear, transaksi tersebut akan memperluas tawaran produknya dengan menggabungkan dua portfolio jenama yang saling melengkapi.

Katanya, ia turut akan meningkatkan kehadiran syarikat pembuatan dari Amerika Syarikat (AS) dalam saluran pengedaran dan runcit serta menggabungkan kekuatan kedua-dua syarikat dalam segmen produk trak ringan dan kenderaan utiliti sukan (SUV) yang sangat menguntungkan.

“Gabungan kedua-dua syarikat akan mempunyai kira-kira AS$17.5 bilion (RM70.7 bilion) dalam jualan pro forma 2019,” kata syarikat itu dalam kenyataan dekat sini hari ini.

Pengerusi, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Goodyear, Richard J. Kramer berkata, perkembangan itu adalah mengujakan dan mentransformasikan bagi syarikatnya.

“Penambahan portfolio produk tayar Cooper yang melengkapi dan aset pembuatan yang sangat berkebolehan bersama teknologi serta pengedaran peneraju industri Goodyear memberikan kedua-dua syarikat peluang untuk penjimatan kos dan tawaran rangkaian peruncit yang lebih luas.

“Kami yakin kombinasi ini akan membolehkan kami menyediakan perkhidmatan yang lebih baik untuk pelanggan dan pengguna sementara menyampaikan nilai kepada pemegang saham.

“Kami menghormati pasukan Cooper dan berkongsi komitmen terhadap integriti, kulaiti, ketangkasan dan kerja berpasukan,” katanya.

Di bawah terma dalam transaksi tersebut yang telah diluluskan Lembaga Pengarah kedua-dua syarikat, pemegang saham Cooper akan menerima AS$41.75 (RM168.69) setiap saham secara tunai dan nisbah pertukaran tetap pada 0.907 saham biasa Goodyear untuk setiap saham Cooper, untuk nali ekuiti keseluruhan pada kira-kira AS$2.8 bilion (RM11.3 bilion).

Berdasarkan harga tutup saham Goodyear pada 19 Februari – hari dagangan terakhir sebelum pengumuman itu – pertimbangan saham dan tunai yang dijangka diterima pemegang saham Cooper ialah AS$54.36 (RM219.64) setiap saham.

Ia mewakili premium 24 peratus untuk harga tutup saham Cooper pada 19 Februari dan premium 36 peratus untuk harga purata volum 30 hari Cooper ketika ditutup pada hari sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya